Ikelang

Wednesday, January 12, 2011

Jom Kayuh @ PTSB - Karnival MTB Piala Pengarah PTSB 2011



Unit Sukan dan Kokurikulum Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Callbaru'p sekali lagi akan menganjurkan JOM KAYUH @ PTSB Edisi 2 pada 19 Mac 2011.

Ia terbahagi kepada 2 kategori, iaitu;

1. Jemputan IPT - 200 penyertaan
2. Terbuka - 300 penyertaan

Masih mengekalkan pendekatan 'Mini Jamboree' dengan hidangan trek yang bersesuaian bagi para pengayuh 'beginner' & 'Intermidiate' sejauh 6km di dalam kawasan bangunan Politeknik dan 25km disekitar kawasan kulim.

Yuran penyertaan sebanyak Rm 35 akan dikenakan kepada setiap penyertaan. Cenderahati berupa Kemeja-T, Medal dan Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

Maklumat lanjut akan menyusul sedikit masa lagi.


PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!
(tarikh tutup : 05 Mac 2011)


** Kepada semua rider area utara dijemput untuk menyertai karnival ini. Kita kayuh ramai-ramai..boleh warm up & recce accomodation untuk Kulim International MTB Jamboree 2011 skali...

6 comments: